Frequently Asked Questions

CAJ Perkhidmatan (CaP) & Exit and Entry System (EES)

Soalan 1: Apakah pengemaskinian Caj Perkhidmatan (CaP) yang dilaksanakan?

Sebelum ini, CaP dikenakan ke atas orang awam sebanyak BND3.00 setiap seorang yang keluar dan masuk melalui pos-pos kawalan sempadan darat. Ia dikenakan bukan sahaja kepada orang awam yang menggunakan kenderaan malahan juga kepada pejalan-pejalan kaki samada warga tempatan mahupun warga luar negara.

Bermula 12 Disember 2022, CaP dikenakan ke atas kenderaan yang melalui pos kawalan darat
Negara Brunei Darussalam tanpa mengira tempat pendaftaran kenderaan tersebut, iaitu samada
ianya mempunyai pendaftaran Negara Brunei Darusalam atau pendaftaran luar negara.

Soalan 2: Berapakah kadar CaP yang dikenakan?

Kadar bayaran CaP yang dikemaskini dan dikenakan ke atas setiap kenderaan yang membuat
perjalanan melalui pos-pos kawalan darat di Negara Brunei Darussalam adalah seperti berikut:

(i) Bagi kenderaan dengan muatan 1 hingga 7 orang dikenakan bayaran sebanyak BND3.00 setiap kenderaan bagi satu hala perjalanan;

(ii) Bagi kenderaan dengan muatan 8 hingga 25 orang akan dikenakan bayaran sebanyak BND6.00 setiap kenderaan bagi satu hala perjalanan;

(iii) Bagi kenderaan dengan muatan 26 orang dan ke atas akan dikenakan bayaran sebanyak BND10.00 setiap kenderaan bagi satu hala perjalanan;

(iv) Bagi kenderaan komersial yang tidak memerlukan pemeriksaan melalui mesin pengimbas (x-ray machine) akan dikenakan bayaran sebanyak BND6.00 setiap kenderaan bagi satu hala perjalanan;

(v) Manakala bagi kenderaan komersial yang perlu menjalani pemeriksaan melalui mesin pengimbas (x-ray machine) akan dikenakan bayaran sebanyak BND10.00 setiap kenderaan bagi satu hala perjalanan.

Soalan 3: Bagaimanakah mengetahui samada kenderaan komersial berkenaan memerlukan pemeriksaan melalui mesin pengimbas (x-ray machine) atau tidak?

Kenderaan komersial yang memerlukan pemeriksaan melalui mesin pengimbas (x-ray machine) adalah seperti berikut:

(a) Membawa barangan am (general goods).

(b) Truckbox yang membawa barangan bungkusan (parcel).

 

Kenderaan komersial yang tidak memerlukan pemeriksaan melalui mesin pengimbas (x-ray machine) adalah seperti berikut:

(a) Membawa tangki minyak dan gas (oil and gas tanker).

(b) Membawa bahan letupan.

(c) Trailer dan towing truck yang membawa kenderaan persendirian atau kenderaan berat.

(d) Membawa binatang hidup (live animals) dan telur.

Soalan 4: Apakah kadar CaP bagi kenderaan yang diangkut menggunakan towing truck bagi tujuan ekspot sementara (temporary export) dari Negara Brunei Darussalam samada bagi tujuan sukan bermotor atau membaik-pulih dan seterusnya import semula (re-import) ke negara ini seperti berikut:

(a) Towing truck yang membawa (tow) sebuah kenderaan muatan sebanyak 5 orang – BND6.00 + BND3.00 = BND9.00

(b) Towing truck yang membawa (tow) sebuah kenderaan muatan sebanyak 9 orang – BND6.00 + BND6.00 = BND12.00

(c) Kenderaan persendirian yang mempunyai muatan 7 orang yang menarik (tow) kenderaan persendirian yang mempunyai muatan sebanyak 5 orang – BND3.00 + BND3.00 = BND6.00

(d) Kenderaan persendirian yang mempunyai muatan 9 orang yang menarik (tow) kenderaan persendirian yang mempunyai muatan sebanyak 5 orang – BND6.00 + BND3.00 = BND9.00
CaP yang dinyatakan di atas adalah satu hala perjalanan melalui satu pos kawalan darat.

Soalan 5: Adakah kenderaan yang dibawa menggunakan towing truck dan trailer bagi tujuan transit perlu juga untuk mendapatkan pas EES?

Tidak, kenderaan yang dibawa oleh towing truck dan trailer bagi tujuan transit yangmana
segel Kastam dipasang pada towing truck dan trailer adalah tidak perlu untuk mempunyai pas EES dan tidak akan dikenakan CaP. Hanya towing truck dan trailer sahaja yang dikenakan CaP
EES disamping bayaran-bayaran yang berkaitan transit.

Soalan 6: Adakah kepala trailer tanpa ekor (trailer) perlu untuk bayaran CaP dan mendapatkan pas EES?

Ya, dan bayaran CaP adalah BND6.00 bagi satu hala perjalanan melalui satu pos kawalan darat.

Soalan 7: Berapakah bayaran CaP bagi kenderaan komersial yang membawa kontena kosong?

Bayaran CaP adalah BND10.00 bagi satu hala perjalanan melalui satu pos kawalan darat.

Soalan 8: Berapakah pula bayaran CaP bagi kenderaan truckbox yang kosong?

Bayaran CaP adalah BND10.00 bagi satu hala perjalanan melalui satu pos kawalan darat.

Soalan 9: Bagi motorsikal pula, adakah diperlukan untuk mendapatkan pas EES memandangkan ianya dikecualikan dari bayaran CaP?

Walaupun motorsikal dikecualikan dari bayaran Cap, ianya masih diperlukan untuk mendapatkan pas EES.

Soalan 10: Adakah CaP ini dikenakan di kesemua Pos Kawalan Kastam?

CaP ini cuma dikenakan di pos-pos kawalan darat sahaja seperti berikut:

• Pos Kawalan Sungai Tujoh, Daerah Kuala Belait;
• Pos Kawalan Kuala Lurah, Daerah Brunei Muara;
• Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujong Jalan (KKPUJ); dan
• Pos Kawalan Labu, Daerah Temburong.

Soalan 11: Adakah CaP ini dikenakan kepada orang yang keluar atau memasuki negara melalui sub-Pos Pandam?

Ianya tidak dikenakan CaP.

Soalan 12: Adakah perlu bagi mereka yang dikecualikan pembayaran CaP untuk mendapatkan Kod QR?

Ya, Kod QR masih diperlukan bagi pemohon yang dikecualikan daripada pembayaran CaP.

Walaubagaimanapun, pejalan kaki dan penunggang basikal adalah tidak diperlukan untuk mendapatkan Kod QR.

Soalan 13: Bagaimana pembayaran CaP dibuat?

Pembayaran CaP adalah masih sama seperti sebelumnya dengan kadar baharu yang telah dikemaskini dan diperjelaskan. Pembayaran CaP adalah dibuat secara dalam talian dengan menggunakan kad kredit/debit atau perkhidmatan bayaran bil melalui online banking sejurus selepas selesai membuat permohonan perjalanan melalui EES. Orang ramai juga boleh membuat pembayaran melalui kaunter pembayaran bank BIBD dengan memberikan rujukan bil yang telah diberikan.

Soalan 14: Bagaimana pembayaran dibuat sekiranya sistem tidak berfungsi atau down?

Jabatan Kastam dan Eksais Diraja akan memaklumkan kepada orang ramai dari masa ke masa mengenai kaedah pembayaran yang dibenarkan ketika situasi sistem tidak berfungsi. Bagi manamana orang yang mempunyai masalah pendaftaran, permohonan atau pembayaran, hendaklah melaporkan kepada Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di talian 2382361 atau 8323741 semasa waktu pejabat atau hotline Pos-Pos Kawalan JKED semasa waktu operasi. Pegawai-pegawai JKED akan memberikan nasihat lanjut mengenainya. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan Pas Perjalanan dan pembayaran secara dalam talian lebih awal sebelum membuat perjalanan.

Soalan 15: Bagaimana pula kedudukan Pas Perjalanan yang telah dibuat sebelum 12 Disember 2022 dan belum digunakan?

Bagi orang ramai yang telah merancang untuk merentas sempadan pada atau selepas hari Isnin, 12 Disember 2022, tetapi telah lebih awal membuat pembayaran CaP melalui EES, JKED akan menguruskan bayaran pulangan balik atau refund yang berkenaan.

Bayaran bagi mana-mana pas yang belum pernah digunakan akan dikembalikan / pulangan balik (refund) secara automatik melalui kaedah bank reversal dalam tempoh masa 1 hingga 2 bulan.

Manakala, mana-mana bayaran bagi pas yang telah atau sudah digunakan satu hala perjalanan
sebelumnya (partial used) adalah boleh dipohonkan pulangan balik (refund) melalui penghantaran Perkhidmatan Kaunter Pelanggan atau diemelkan kepada info@customs.gov.bn: dengan mengisikan dokumen-dokumen seperti berikut ;-

(a) Vendor Form;
(b) Salinan kad pengenalan pintar;
(c) Nombor akaun bank; dan
(d) Salinan resit pembayaran.

Contoh: Situasi bagi perkara partial used pass adalah seperti berikut:

Awang Budiman telah membuat pembayaran CaP sebanyak BND6.00 bagi beliau membuat perjalanan merentas sempadan ke Miri, Sarawak pada 10 Disember 2022 dan akan pulang ke Negara Brunei Darussalam pada 13 Disember 2022 ini nanti. Memandangkan pas EES yang dibayar sebelumnya akan mansuh bermula 12 Disember 2022, beliau tidak akan dapat menggunakannya lagi bagi membuat perjalanan pulang (iaitu pada 13 Disember 2022).

Justeru itu, beliau perlu untuk mendapatkan pas EES yang baharu yang hanya boleh dibuat pada 12 Disember 2022. Beliau boleh memohon bayaran balik baki BND3.00 dengan mengisikan dokumendokumen diatas dengan lengkap dan menghantarnya kepada JKED melalui emel.

Soalan 16: Sekiranya terdapat masalah sistem yang membuatkan pemohon terlebih bayar daripada jumlah yang sebenarnya, adakah pembayaran tersebut dapat dipohonkan bayaran balik?

Pemohon boleh menghadapkan permohonan bayaran balik kepada Pengawal Kastam dan Eksais
Diraja dengan mematuhi syarat-syarat berikut:

(a) Permohonan hendaklah dihadapkan dalam tempoh satu (1) tahun selepas pembayaran
dibuat;

(b) Hendaklah menyertakan dokumen-dokumen sokongan seperti kad pengenalan pemohon,
maklumat pembayaran, maklumat mengenai masalah sistem yang dihadapi; dan

(c) Kebenaran adalah tertakluk kepada penilaian dan kebenaran Pengawal Kastam dan Eksais
Diraja.

Soalan 17: Apa akan terjadi sekiranya tidak membayar CaP?

Jika didapati gagal untuk membuat pembayaran sebelum keluar / memasuki Negara Brunei Darussalam, orang tersebut akan diarahkan untuk membuat permohonan dan pembayaran melalui dalam talian (online) sebelum merentas sempadan.

Jika orang tersebut masih gagal membuat pembayaran sebelum memasuki atau keluar dari Negara Brunei Darussalam, ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Bab 6 (3), Akta Bayaran Keluar dan Bayaran Masuk (Penggal 232) dan jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi BND1,000, penjara tidak melebihi tempoh 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

Pengawal Kastam dan Eksais Diraja atau Pegawai Kastam boleh menghalang orang tersebut daripada keluar / memasuki Negara Brunei Darussalam sepertimana di bawah Bab 12, Akta Bayaran Keluar dan Bayaran Masuk (Penggal 232).

Soalan 18: Adakah sistem dalam talian EES ini dapat dijamin keselamatannya?

Ya.

Soalan 19: Adakah pertimbangan bagi kebenaran keluar negara bagi orang ramai yang memiliki paspot yang mempunyai tarikh mansuh kurang daripada tiga (3) bulan?

Dari segi perundangan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), tarikh tempoh sahlaku paspot adalah selama tiga (3) bulan bagi perjalanan yang merentas sempadan darat. Walaubagaimanapun, jika berlakunya kes-kes kecemasan, orang ramai hendaklah memohon kepada JIPK bagi pertimbangan kebenaran keluar atau masuk. Akan tetapi, ianya juga tertakluk kepada kebenaran pihak Imigresen di luar negara bagi kebenaran masuk kepada orang ramai yang mempunyai paspot yang hendak mansuh dalam tempoh tidak kurang daripada tiga (3) bulan.

Soalan 20: Apakah yang terjadi kepada bayaran yang telah dibuat dan Kod QR yang telah diperolehi jika sekiranya orang ramai tidak berhasrat untuk keluar negeri pada hari tersebut?

Kod QR tersebut masih boleh digunakan. Walau bagaimanapun, Kod QR tersebut hendaklah diimbas sebelum tarikh mansuh yang tertera dalam pas EES berkenaan. Bagi pas EES untuk kenderaan berpendaftaran luar negara, ianya akan mansuh selepas 3 bulan atau jika cukai jalan telah mansuh, mengikut tarikh yang mana lebih awal.

Soalan 21: Adakah Frequent Commuter Pass (FCP) masih lagi dapat digunakan dan adakah ia masih dikenakan melalui pemegang yang layak atau melalui kenderaan?

Ya, FCP adalah masih dikekalkan penggunaannya dan ianya adalah caj khusus bagi pemegang pas tersebut dan bukan caj FCP melalui kenderaan.

Soalan 22: Jika sekiranya pemegang FCP membawa beberapa orang penumpang yang bukan pemegang FCP di dalam kenderaanya semasa merentas sempadan, adakah CaP masih perlu dibayar?

Ya dan kadar CaP adalah tertakluk kepada jenis kenderaan yang dibawa seperti di jawapan di soalan 2.

Walaubagaimanapun, jika pemegang FCP adalah di kalangan pelajar yang belum mempunyai lesen memandu untuk membuat perjalanan rentas sempadan, seorang penjaga yang memandu kenderaan adalah dibenarkan untuk menghantar pelajar tersebut.

Soalan 23: Jika menghadapi masalah berkenaan EES, adakah talian yang boleh membantu masalah yang dihadapi semasa pendaftaran, permohonan dan pembayaran EES?

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja ditalian 2382361 atau 8323741 pada waktu pejabat atau pun melalui emel info@customs.gov.bn dan jika orang awam menghadapi masaalah teknikal customs.itu@customs.gov.bn